ADS

Rabu, 24 Disember 2014

Penurunan global harga minyak sawit disebabkan Saham FGV jatuh

Hasil carian imej untuk gambar saham fgv

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hampir separuh dari harga tawaran adalah disebabkan oleh penurunan global harga minyak sawit.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini memberi kesan kepada harga saham kerana 755 perniagaan FGV adalah berdasarkan kepada produk.
"FGB tidak boleh membandingkan dengan Sime Darby Bhd atau IOI Corp Bhd kerana mereka jauh lebih pelbagai.

"Apabila harga jatuh, sudah tentu ia akan memberi kesan kepada harga FGV.Musim gugur, bagi saya, adalah agak membimbangkan dan menyedihkan. Saya berharap para pemegang saham tidak menjual saham mereka, "katanya pada taklimat media selepas merasmikan Seminar Ketahanan Nasional 2014 di sini semalam.

Razali berkata kejatuhan harga saham juga tidak disebabkan oleh pengurusan yang lemah.
"Jika ia disebabkan oleh salah urus, saya pasti anda akan melihat beberapa perubahan sekarang," katanya.

FGV jatuh enam sen untuk ditutup pada RM2.21 di Bursa Malaysia semalam pada jumlah 12280000 unit. - Bernama

Isnin, 15 Disember 2014

Tidak sebulu, Isa gantung tugas pengarah Felda 2 bulan, dedah Anak

Kemelut dalaman antara Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dengan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad dikatakan sudah berlarutan sejak beberapa minggu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi Isa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Disember, 2014.
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad digantung tugas selama dua bulan kerana berselisih faham dengan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad.
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata kemelut dalaman di antara Isa dan Faizoull sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu selepas tindak tanduknya tidak lagi disenangi bekas naib presiden Umno itu.
“Saya sahkan dia digantung. Ada pertembungan dalaman antara Isa dengan dia.
"Ada kaitan dengan prosedur pelantikan kakitangan yang tidak diputuskan lembaga pengarah Felda dan Jabatan Perkhidmatan Awam," kata Mazlan kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
“Itu salah satu sebab. Ada beberapa sebab. Di mana tindakan Faizoull tidak disenangi Isa. Itu dakwaan Isa yang merupakan antara sebabnya. Yang lain nantilah,” katanya.   
Mazlan berkata Faizoull adalah mangsa kedua selepas bekas Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.
“Sebelum ini saya menulis di Facebook dan menunggu perkara ini meletup. Hari ini dah meletup dah pun. Nak kata hebatnya Isa ini. Faizoull mangsa kedua selepas Dzulkifli.
“Zaman dia (Isa) jadi pengerusi Felda, dua orang pengarah besar menjadi mangsa. Dulu dia (Dzulkifli) pun pengarah besar dalam isu Felda Global Ventures. Akhirnya dia ditendang ke Rom, Itali dan kali ini Faizoull mangsa kedua,” katanya.
Ketika diminta mengulas sebab lain mengapa Faizoull digantung tugas, Mazlan berkata: “Datang esok malam. Saya akan buat sidang media.”
The Malaysian Insider difahamkan tugas Faizoull sebagai pengarah besar Felda kini dipangku ‎Timbalan Pengarah Besar Servis dan Korporat Hanapi Suhada.
Felda pada Selasa mengemukakan tuntutan saman terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad kerana mengaitkan Faizoull dengan lelaki yang dikehendaki polis antarabangsa dalam status Facebook pada 11 September lalu.
Peguam Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Felda meminta ketua Pemuda PKR itu membayar ganti rugi RM10 juta dan memohon maaf dalam tempoh 7 hari kerana membuat kenyataan tidak berasas dan tidak benar.
"Tuduhan itu terlalu serius sehingga boleh menyebabkan anak guam kami dihina dan dibenci orang ramai serta masyarakat awam. Reputasinya mungkin tercalar sehingga bertahun-tahun," katanya.
Felda juga menuntut Nik Nazmi memohon maaf mengikut kenyataan yang akan didrafkannya sendiri untuk disiarkan, selain menghalangnya daripada melakukan tindakan sama pada masa akan datang.
Namun, exco Selangor itu dalam surat balasnya melalui firma Daim & Gamany berkata, pihaknya tidak akan meminta maaf dan tidak akan berganjak daripada dakwaannya sebelum ini.
"Anak guam kami (Nik Nazmi) sebagai seorang ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua Pemuda PKR, bertanggungjawab membangkitkan hal yang menyentuh kepentingan rakyat.
"Kami diarahkan menyatakan yang anak guam kami bergantung kepada pertahanan justifikasi dan komen yang adil," kata peguamnya Latheefa Koya di dalam surat itu sambil menambah pihaknya menolak tuntutan yang dibuat dalam surat saman Felda itu. TMI

Pakej Umrah-Cadangan Tarikh Pakej Umrah 2014/2015



Dokumen yang diperlukan untuk urusan Visa Umrah:
  • Pasport Antarabangsa  (sahlaku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas dan mempunyai lebih dari 3 muka surat kosong)
  • 3 keping gambar (ukuran 4x6cm - latar belakang putih dan bahagian muka zoom 75%)
  • Salinan surat nikah bagi suami isteri
  • Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak yang dibawa bersama
  • Surat kebenaran (consent letter) bagi Jemaah yang menumpang mahram
  • Buku/sijil suntikan meningitis ACYW 135

Syarat Tempahan:
  • Tempahan dibuat sekurang-kurangnya sebulan atau lebih awal sebelum berlepas dengan bayaran deposit RM500.00 seorang (tidak dikembalikan) apabila tempahan telah disahkan ke dalam akaun Felda Travel Sdn Bhd: MAYBANK 5642 1210 4395
  • Baki bayaran hendaklah dijelaskan 3 minggu sebelum berlepas
  • Tempahan akan dibatalkan sekiranya pembayaran tidak dijelaskan mengikut syarat

Cara Pembayaran:
  • semasa pendaftaran: deposit RM500.00 seorang
  • setelah pakej disahkan: 50% dari baki harga pakej
  • 3 minggu sebelum berlepas: bayaran penuh harga pakej

Pembatalan:
  • Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya jemaah membuat pembatalan tanpa sebab munasabah
  • Caj pengurusan sebanyak RM250.00 seorang akan dikenakan sekiranya jemaah membuat pembatalan setelah visa diuruskan

Khidmat Lain yang ditawarkan:
  • Urusan Badal Haji (RM3000)
  • Urusan Badal Umrah
  • Urusan Aqiqah/Kurban

Isnin, 8 Disember 2014

PIALA PERDANA BELIA FELDA MALAYSIA MILIK MBFM FELDA SAHABAT 2

20141207_123344
PUTRAJAYA – Pada Majlis Perasmian Himpunan Iktiraf Kebangsaan 2014 yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, semalam, beliau telah menyampaikan Piala Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) yang kini dikenali sebagai Piala Perdana Belia Felda Malaysia kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Sahabat 2, Felda Wilayah Sahabat, Sabah.
Selain Piala Perdana Belia Felda Malaysia, Persatuan Belia (MBFM) Felda Sabahat 2 turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, bantuan aktiviti bernilai RM6,000, piala iringan, sijil penghargaan dan pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL).
20141207_122643
Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) merupakan satu pengiktirafan khas kerajaan melalui Seranta (Felda), Jabatan Perdana Menteri bersama Felda dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) kepada individu atau organisasi yang terlibat dalam pembentukan serta pembangunan generasi baharu Felda.
Perdana Menteri komited membangunkan generasi belia Felda dengan mengarahkan penambahbaikan untuk ABFM iaitu transformasi potensi belia Felda dengan penjenamaan kategori Tokoh Harapan Generasi Baharu Felda ABFM.
Anugerah Mercu Wangsa merupakan pengiktirafan khas ABFM kepada persatuan MBFM Cawangan yang menjadi ikon terbilang di peringkat tertinggi dan kebangsaan, diilhamkan sendiri oleh Dato’ Sri Najib Razak untuk edisi ABFM 2014.
Tahun 2014 merupakan penganjuran ABFM Edisi ke-7.
Bermula tahun 2006 sehingga tahun 2008, ABFM menawarkan Piala YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai kemuncak penganugerahan.
Namun bermula tahun lepas, atas semangat “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas hal ehwal Felda telah mengembalikan prestij penganugerahan kepada belia Felda Malaysia melebihi keutamaan diri beliau sendiri.
Atas komitmen itu, Perdana Menteri merangkap Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Felda berbesar hati menamakan piala untuk ABFM yang baru bermula tahun 2009 sebagai Piala Perdana Belia Felda Malaysia.
ABFM
Berikut senarai penuh penerima-penerima anugerah dalam ABFM 2014 mengikut kategori:
KATEGORI PERSATUAN
1:- JOHAN – Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Sahabat 2, Wilayah Sahabat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, bantuan aktiviti RM6,000, Piala Perdana Belia Felda Malaysia, piala iringan, sijil penghargaan dan pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL).
2:- NAIB JOHAN – Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia MBFM Felda Tun Ghafar Machap, Wilayah Segamat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, bantuan aktiviti RM4,000, piala iringan, sijil penghargaan dan pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL)
3:- TEMPAT KE-3 – Persatuan Belia Cemerlang Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Keembong Jengka 6, Wilayah Jengka dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, bantuan aktiviti RM2,000, piala iringan, sijil penghargaan dan pakej Program Belajar Sambil Lawatan (PBSL).
4:- Persatuan Belia Terbaik Bidangan – Khidmat Komuniti
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Tembangau 1, Wilayah Mempaga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
5:- Persatuan Belia Terbaik Bidangan – Kebudayaan
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Kemahang 2, Wilayah Gua Musang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
6:- Persatuan Belia Terbaik Saguhati dianugerahkan kepada 5 Persatuan Belia (MBFM) yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
:- Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenang Besut
:- Persatuan Belia (MBFM) Felda Gunung Bongsu
:- Persatuan Belia (MBFM) Felda Trolak Timur
:- Persatuan Belia (MBFM) Felda Jelai 2
:- Persatuan Belia (MBFM) Felda Chini Timur 2
KATEGORI INDIVIDU
1:- Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Mohd Jamil Mat Daut, Felda Jengka 8, Wilayah Jengka dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
2:- Anugerah Kepimpinan Terbilang Beliawanis Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Hasiah Daud, Felda Besout 3, Wilayah Trolak dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
3:- Anugerah Usahawan Jaya Agropreneur Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Salimi Mohd Nor, Felda Purun, Wilayah Mempaga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
4:- Anugerah Usahawan Jaya Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Wan Mazuki Wan Jusoh, Felda Kerteh 6, Wilayah Terengganu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
5:- Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Abu Suffian Abu Yaziz, Felda Jenderak Utara, Wilayah Mempaga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
6:- Anugerah Pencapaian Sukan Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Siti Hanisah Sharuddin, Felda Jelai 1, Wilayah Raja Alias dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
7:- Anugerah Pencapaian Kesenian Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Che Ruzilawati Che Ghani, Felda Selasih, Wilayah Terengganu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
8:- Anugerah Personaliti Istimewa Belia Felda Malaysia
Dianugerahkan kepada Mohd Jeno Saraamu, Felda Umas 1, Wilayah Sahabat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
KATEGORI KHAS
1:- Tokoh Harapan Generasi Baharu Felda ABFM
Dianugerahkan kepada Mohd Suarjohani Suraidi, Felda Tenggaroh 2, Wilayah Johor Bahru dan membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
2:- Anugerah Khas ABFM (Majlis Belia Felda Wilayah Terbaik)
Dianugerahkan kepada MBFM Wilayah Jengka dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
3:- Anugerah Mercu Wangsa
Dianugerahkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Tenggaroh 2, Wilayah Johor Bahru dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan.
 Felda Voice