ADS

Khamis, 3 Disember 2015

Ingin Kesihatan Ideal dan Ingin Pendapatan Pasif Bulanan

FormulaFilter
Kantor Unico2u

Kelebihan Penapis Air Unico
  • Menghasilkan Air Beralkali Bersih
  • Meningkatkan Immuniti Tubuh dan Melambatkan Penuaan
  • Sebagai ANTIOKSIDAN YANG BAIK
  • Untuk Membuang TOKSIN & BAHAN KOTORAN DARI BADAN
  • Ion kan Tubuh Badan Untuk Kesegaran
  • Untuk Lembapkan Sel-Sel Dalam Badan
8 Sebab Kenapa Air Alkali Adalah Penawar Kesihatan Terbaik
Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.
Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air alkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:
1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali
Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui punca kepada berlakunya kanser di dalam tubuh badan. Beliau mendapati bahawa sel kanser adalah anaerobik (tidak bernafas dengan oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.
5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.
6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.


7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.
Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.
Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.
Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.
p/s: Tahukah anda, Air Anugerah adalah air yang bersifat alkali yang menggabungkan kehebatan sains dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani anda.
Mr Coway,
Baiklah saya terima air RO baik untuk pesakit buah pinggang. Adakah anda ingin mengatakan air yang kaya mineral dan beralkali tinggi langsung tidak bagus untuk pesakit buah pinggang?
Bukankah lebih baik jika ambil kandungan khasiat yang baik dari nasi, ikan dan sayur dan ditambah dengan minum air bermineral dan beralkali tinggi? Adakah anda sangka jika minum air bermineral atau beralkali akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas sebab sudah ambil sumber luar seperti nasi, ikan & sayur?
Air RO sama seperti air mati tiada khasiat yang diperlukan tubuh badan manusia.
Jika dikatakan air RO itu baik, kenapa orang Mexico, Uruguay, Jepun dan Arab Saudi minum air bermineral dan beralkali tinggi setiap hari. adakah mereka akan mati kerana air yang mereka minum kaya dengan mineral dan alkali? Adakah anda ingin samakan kehebatan projek jutaan di Singapura dan projek jutaan di Jepun?
Tahukah anda setiap tahun 800,000 orang pergi ke Tlacote,Mexico untuk dapatkan air yang kaya dengan mineral dan beralkali tinggi? Tahukah anda mereka yang terdiri daripada pesakit buah pinggang, darah tinggi, kencing manis, HIV dan lain-lain sakit kronik telah sembuh setelah minum air bermineral dan beralkali tinggi?
Tahukah anda hospital di Uruguay menyediakan air bermineral dan beralkali tinggi untuk pesakit-pesakitnya? Adakah doktor-doktor di sana ingin membunuh pesakit-pesakit mereka?
Kebaikan air bermineral dan beralkali tinggi yang digunakan di Mexico dan Uruguay telah dikaji oleh Dr. Shirahata dari Universiti Kyushu, Jepun.
Di Arab Saudi ada air zamzam. Tahukah anda air zamzam mengandungi mineral dan alkali yang sangat tinggi? Adakah anda ingin mengatakan bahawa orang-orang Arab semuanya mahu cari mati cepat kerana tidak minum air RO?
Kebaikan air zamzam yang sangat kaya dengan mineral dan beralkali tinggi telah dikaji oleh Dr. Masaru Emoto. Beliau adalah President Emeritus of the International Water For Life Foundation.
Adakah Dr. Shiharata dan Dr. Masaru pembohong?
Saya terima nasihat anda untuk terus membuat kajian. Saya menjemput anda juga membuat kajian supaya anda lebih tahu air yang mana lebih baik.
Khasiat Air Alkali Untuk Badan Kita
KHASIAT AIR ALKALI
*Nota: Air yang terbaik untuk air minuman ialah air alkali sebab itu air zam-zam juga bersifat alkali. Ketidakseimbangan pH badan ke arah keasidan dalam jangkamasa panjang akan mengakibatkan kita mengalami penyakit kronikseperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kanser, gaut, sakit buah pinggang dan sebagainya.
Untuk mengimbangi tahap keasidan, air alkali berion mampu menanganinya kerana ia terdiri dari kelompok molekul air yang kecil dan bersifat alkali, berupaya meguraikan sisa-sisa asid yang terkumpul dan memudahkan proses penbuangan melalui sistem pencernaan, perpeluhan dan pernafasan kita.
Secara ringkasnya, khasiat-khasiat minum air minuman alkali berion adalah: # membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan. # Bertindak sebagai anti-oksida, menuetralkan radikal bebas (free radicals). # Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman. # menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan. # menyahkan toksik dalam badan. # bertindak sebagai anti oksidan. # kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion. # keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
Kegunaan Am Bahan-bahan toksid & kimia dalam daging, makanan laut, buah-buahan serta sayuran boleh dikurangkan dengan merendam dalam Air alkali ..
Seperti mana yang saya menggunakan produk ini, terutamanya dari segi sayuran, ianya nampak lebih fresh, rasanya asli, terutama yang selalu kita makan ialah daud salad. Kerana ianya tidak perlu dimasak. Rendamkan dalam masa lebih kurang 20 – 30 minit. Adalah lebih baik jika anda merendam secara berasingan satu mangkuk/besen dengan menggunakan air paip biasa dan satu lagi air alkali , kerana anda sendiri dapat menilai rasaya.
Meningkatkan Sistem Metabolisma Badan Air ALKALI berupaya untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan daya imunisasi. Memang betul, Air ALKALI membekalan oksigen dalam air, kandungan molekul-molekul dalam airnya halus serta senang diserap oleh tubuh badan kita. Dalam erti kata yang mudah, mengantok dan keletihan pun boleh hilang.
Masakan Masakan akan menjadikan lebih sedap, berkhasiat dan tahan lebih lama.
Minuman Air ALKALI meningkatkan rasa asli dan lebih sedap diminum.
Kecantikan Menggunakan AIR ALKALI untuk pupur-kupas, dapat mengekalkan kelembapan dan pH kulit dengan seimbang. Mencuci muka menggunakan AIR ALKALI dapat menggurangkan jerawat dan bintik-bintik hitam.
Cucian Molekul-molekul AIR ALKALI yang kecil senang meresap ke dalam daging dan makan laut, untuk mengurangkan bau hanyir, dan menambahkan kesedapannya apabila dimasak. Memiliki kandungan oksigen yang tinggi sehingga dapat menguatkan sel serta organ tubuh 1. Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan. 2. Bebas dari logam berat,kotoran terlarut,bahan kimia terlarut, kuman dan bakteria. 3. Mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan. 4. Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik. 5. Menapis 100% bahan pencemar dan 650 bakteria yang biasa terdapat didalam air yang tercemar 6. Air ALKALI mempunyai khasiat dan tenaga unutk menjadikan makanan dan minuman lebih segar. 7. Nasi menjadi lambat basi, elok untuk diminum bersama ubat dan membuat air buah-buahan 8. Lebih berkhasiat berbanding dengan air suling dan R.O
*Nota: Air yang terbaik untuk air minuman ialah air alkali sebab itu air zam-zam juga bersifat alkali. Apa yang boleh menyebabkan ASIDIK/KERACUNAN pada tubuh/darah?
Makanan seharian kita umpama Daging Ayam, Daging Kambing/Lembu, Roti, Nasi, Mee, Prata, Air Berkabonet, Merokok, MSG (MonoSodium Glutamate),Tea, Kopi, Nescafe dan lain-lain lagi berunsur/bersifat asidik! Ini bermakna kita tidak dapat mengelakkan mengundang sifat Asidik pada system darah kita setiap saat dan masa selagi hidup!
Adakah cara yang boleh untuk menstabikan/meneutralkan semula kesan ASIDIFIKASI ini?
Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI sahaja yang boleh meneutralkan sifat KEASIDAN /ASIDIFIKASI!
Air ALKALI dapat menjalankan fungsi-fungsi tersebut iaitu MENEUTRALKAN ASIDIFIKASI
Air bersifat ALKALI ini mempunyai 6 unsur utama (unsur yang sama seperti air zam-zam):-1. Mineral bersifat Alkali 2. Mengandungi Elektrolit 3. Oksigen yang lebih padat 4. Rantaian molekul air yang lebih kecil 5. Mengadungi Elektron (Ion negatif) berlebihan (Excess Electron) 6. Tenaga Gema (Keistimewaan sebenar air Alkali )
Berikut adalah pengakuan pengamal air beralkali……..
TESTIMONIAL 
Dr. Chef Wan Umur: 49 Tahun Tempat: Kuala Lumpur
Semenjak menggunakan Air alkali, selain dari menggunakannya untuk di minum setiap hari, saya juga menggunakannya di dapur untuk memasak dan mendapati bahawa Air alkali lebih mudah mendidih, sayur-sayuran dan daging tidak perlu dimasak dengan lama, khasiat makanan dapat dikekalkan dan menjadikannya lebih sedap rasa dimakan serta tahan lebih lama.
Oleh kerana pekerjaan saya yang sibuk, kerap berada di luar dan kurang berehat, saya senang mengalami kekeringan tekak dan sakit kerongkong, semenjak menggunakan Air alkali , saya dapati bahawa ia dapat mengekalkan kelembapan dan tidak mudah mengalami sakit kerongkong lagi, badan berasa lebih cergas and bertenaga.
Satu lagi perubahan yang saya dapat lihat ialah kulit muka menjadi lebih lembut, licin dan kelihatan lebih muda setelah 4 bulan mencucimuka menggunakan Air alkali Ibu saya yang berusia 75 tahun sudah sekian lama mengalami sakit saraf akibat rapuh tulang dan menghadapi kesukaran untuk bergerak, selepas 6 bulan menggunakan Air alkali, ibu saya dapat berjalan dengan tanpa bantuan tongkat mahupun ahli keluarga dan beliau juga kelihatan lebih sihat selepas menggunakan Air alkali
Lain-lain testimonial
Mohd Zuki Bin Yusof : Umur: 39 Tahun : Tempat: Bukit Beruntung, Rawang-Selangor Saya menghidap penyakit kencing manis semenjak tahun 1995 dan pelbagai penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, sakit saraf dan sebagainya sejak tahun 2005. Saya perlu menjalani proses dialisis untuk mencuci buah pinggang setiap 2 hari sekali dan ianya amat menyeksakan, terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan tidur dengan hanya duduk di sofa. Dalam tempoh penggunaan air alkali, saya berasa perubahan yang amat ketara, selepas 3 minggu, saya dapat bangun dari kerusi roda dan bergerak dengan bantuan tongkat, seterusnya dapat tidur di atas katil, kini, saya boleh naik turun tangga dan lakukan kerja harian tanpa bantuan lagi.
Noriah Bt Mohamad, Umur: 72 Tahun, Tempat: Johor Saya telah mengalami sakit jantung kritikal yang boleh menyebabkan strok dan lumpuh seumur hidup. Sebelah injab jantung saya tidak berfungsi dan pihak hospital menyarankan supaya menjalani pembedahan dengan segera. Dengan kos pembiayaan yang tinggi sebanyak RM 40,000.00 dan faktor usia saya serta risiko pembedahan yang dikhuatiri, saya dan ahli keluarga mengambil keputusan untuk tidak menjalani pembedahan tersebut dan berehat di rumah dengan jagaan anak saya sendiri. Ketika berehat di rumah, saya berada dalam keadaan yang tidak mengenali anak-anak sendiri. Setelah 2 minggu menggunakan Air alkali , mendapati perubahan yang amat ketara pada diri saya, dimana saya boleh bangun dari katil dan dapat mengenali semula anak-anak. Selepas satu bulan, saya berasa semakin segar, bertenaga dan dapat berulang-alih ke bilik mandi tanpa bantuan lagi. Kini telah mendapat pengesahan doktor, saya tidak perlu menjalani sebarang pembedahan lagi, malahan tidak memerlukan sebarangubat untuk mengawal tekanan darah.
Hashim B. Abdul Wahab, Umur: 46 Tahun, Tempat: Pendang, Kedah Saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang ngeri pada tahun 2000, menyebabkan saya hilang ingatan selama 1 bulan. Selepas kejadian kemalangan itu, saya terpaksa menggunakan kerusi roda selama 1 tahun dan hanya dapat berjalan dengan bantuan tongkat selama 6 tahun selepas itu. Sepanjang tempoh 7 tahun ini, masalah kesihatan menyebabkan saya tidak dapat melakukan kerja untuk menyara hidup keluarga. Saya telah diperkenalkan air alkali pada awal bulan April ini. Setelah 6 minggu menggunakannya terdapat perubahan yang amat ketara, saya berasa lebih cergas dan bertenaga, dapat berjalan tanpa bantuan tongkat dan tapak kaki boleh memijak tanah, Disamping itu, kesakitan juga telah berkurangan. Kini, saya sudah pulih dan sihat. Daya ingatan yang merosot selepas kemalangan juga telah pulih dan boleh melakukan kerja harian di dusun getah seperti dulu.
Abdul Gani B.Hadzri, Umur: 53 Tahun, Tempat: Rawang, Selangor Anak perempuan saya menghidap penyakit ekzema yang serius sejak kecil lagi, doktor memberitahu bahawa masalah kulit anak saya tidak dapat diubati selama-lamanya. Apabila saya diperkenalkan Air alkali , saya membuat keputusan untuk mencubanya. Selepas 2 minggu, kulit kaki tangan anak saya beransur kering, dia tidak lagi mengaru-garu dan menanggis kerana tidak dapat menahan gatal-gatal. Setelah 1 bulan, masalah kulit anak saya telah sembuh sepenuhnya dan kini dia boleh memakan makanan laut yang tidak boleh dimakannya sebelum ini. Salah seorang anak saya adalah seorang “anak istimewa”, kini berusia 8 tahun, menghidap penyakit asma dan tidak boleh bercakap sejak bayi. Doktor dan pakar yang merawat anak saya turut mengatakan bahawa terdapat air kotor di dalam otaknya dan kekurangan oksigen, tiada sebarang ubat untuknya dan doktor mencadangkan supaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan air kotor. Saya telah banyak kali menangguhkan pembedahan tersebut kerana tidak sanggup melihat anak saya terseksa. Anak perempuan saya telah mendapat perubahan ketara selepas menggunakan Air alkali, maka saya terus menggunakan Air alkali untuk penyakit asma anak saya. Keajaiban telah berlaku selepas 4 bulan penggunaan. Seminggu sebelum Hari Raya Haji tahun ini, anak saya memanggil saya “Ayah”. Syukur Alhamdulillah, kini dia mula menyebut perkataan yang ringkas dan penyakit asmanya telah sembuh, doktor yang merawatnya juga terkejut dengan perkembangannya.
Ahmad B. Deris, Umur: 61 Tahun, Tempat: Taiping, Perak Saya mengalami masalah jantung semenjak bertahun yang lalu, telah diserang strok dan jatuh di rumah pada Januari ini, telah dimasukkan ke hospital Taiping selama 1 minggu. Serangan strok telah menyebabkan saya lumpuh seluruh anggota badan dan tidak dapat bercakap kerana mulut saya telah senget sebelah. Semasa berada di hospital, jiran saya setelah 3 hari mencuba air alkali , perubahan yang amat ketara berlaku pada diri saya, saya berasa bertenaga dan dapat bangun dari katil serta bercakap secara perlahan-lahan. Selepas keluar dari hospital, saya menggunakan Air alkali secara berterusan, selepas 3 minggu, saya dapat berjalan semula tanpa bantuan tongkat atau ahli keluarga, disamping itu, mulut dan cara percakapan saya juga pulih seperti asal.
Nur Athirah Bt. Samsudin, Umur: 30 Tahun, Tempat: Johor Baru, Johor Saya mengalami masalah jantung dan darah tinggi semenjak tahun 1987, dimana penglihatan saya turut terjejas menyebabkan pergerakan terhad dan kesihatan semakin merosot, perlu menjalani permeriksaan kesihatan pada tempoh yang ditetapkan oleh doktor. Semasa diperkenalkan Air alkali , saya terus mencubanya, saya meminum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari seperti yang dinasihatkan.. Selepas mencuba selama 2 minggu, saya berasa perubahan yang amat ketara, saya berasa lebih segar dan bertenaga, ini telah menambahkan keyakinan saya untuk terus menggunakannya, penglihatan semakin beransur pulih, saya dapat melihat dengan lebih jelas dan bergerak dengan lebih pantas. Kini, laporan pemeriksaan kesihatan menunjukkan bacaan tekanan darah tinggi telah turun dan berada di tahap yang memuaskan.
Rubiah Bt. Abdul Lajis, Umur: 48 Tahun, Tempat: Rantai Panjang- Klang Saya telah menghidap penyakit kencing manis semenjak tahun 2000, bacaan kencing manis terbaru yang dicatatkan ialah 22.8mmol. Disebabkan penyakit ini, kaki saya telah bengkak dan tangan selalu berasa kebas. Setelah diperkenalkan Air alkali .saya meminum sekurang-kurangnya 8-12 gelas sehari. Selepas 2 hari saja, tangan saya tidak lagi berasa kebas dan bengkak pada kaki saya juga telah hilang. Kini, saya berasa sihat dan cergas, bacaan kencing manis telah kembali ke tahap yang normal (8.0mmol). Sebelum ini saya juga menghadapi masalah buasir. Selepas menggunakan Air alkali , buasir juga didapati telah hilang.
Norhidayah Bt. Mohamad Fozi, Umur: 16 Tahun, Tempat: Yan- Kedah Saya mengalami sakit pinggang sejak akhir tahun 2006, sering merasa sakit bawah perut semasa membuang air kecil, telah disyaki menghidapi penyakit buah pinggang, perlu menggunakan ubat untuk melegakan kesakitan. Saya telah diperkenalkan Air alkali pada bulan Mar ini, pada minggu pertama menggunakannya, saya mengalami kesakitan yang amat seksa dan kekerapan membuang air kecil. Selepas 2 minggu, saya mula berasa perubahannya, pembuangan air kecil beransur menjadi normal dan kesakitan telah berkurangan. Setelah 3 minggu menggunakan Air alkali , terdapat 3 biji batu terkeluar semasa membuang air kecil. Kini, saya tidak lagi mengalami kesakitan dan lebih sihat berbanding dengan
Rokiyah Bt. Abdul Rahman, Umur: 31 Tahun, Tempat: Pendang – Kedah Saya mengalami masalah sakit puan selepas melahirkan anak pertama sejak tahun 2000, iaitu kehadiran haid yang abnormal. Saya hanya mengalami kehadiran haid 3-4 kali dalam setahun dan ia berterusan selama 1-2 bulan serta pendarahan yang berlebihan sehingga perlu memakai lampin orang dewasa. Semasa ketidak hadiran haid, perut saya akan membesar seperti mengandung, telah jumpa ramai doktor dan pakar serta mencuba pelbagai ubat, tetapi gagal mengatasi masalah yang saya hadapi selama ini. Saya juga mengalami masalah sakit pinggang sejak tahun 2001, sering berasa sakit bawah perut semasa pembuangan air. Pada minggu pertama menggunakan Air alkali , saya mengalami sakit perut dan kekerapan pembuangan air. Selepas 2 minggu, mula berasa perubahannya, perut saya semakin mengecil, kekerapan pembuangan air semakin normal dan kesakitan berkurangan. Selepas 3 minggu, terdapat 5 biji batu karang terkeluar semasa saya membuang air kecil. Kini, kehadiran haid telah kembali normal dan tidak lagi mengalami kesakitan, perut juga pulih seperti sedia kala.
Siti Aminah Bt. Mohd Yusof, Umur: 35 Tahun, Tempat: Rawang Saya telah dikesan terdapat batu di dalam hempedu pada tahun 2001, saya tidak menjalani sebarang pembedahan, sering mengalami kesakitan yang amat menyeksakan. Dua bulan yang lalu, saya telah diperkenalkan Air alkali, saya meminum sebanyak 8-12 gelas sehari. Pada minggu pertama menggunakannya, saya terasa sangat lemah, sakit perut dan kepala yang sangat sakit. Masuk minggu ke-2 saya mula merasa bersemangat, bertenaga dan kesakitan telah berkurangan. Apabila saya menjalani pemeriksaan kesihatan sebulan selepas menggunakan Air alkali, laporan kesihatan menunjukkan bahawa batu yang terdapat dalam hempedu saya telah hilang.
Haji Ibrahim Bin Haji Hanafi, Umur: 70 Tahun, Tempat: Pendang – Kedah Saya menghidap pelbagai penyakit kronik semenjak tahun 2003; seperti: kencing manis, darah tinggi, sakit gout dan lemah jantung, saya sering berasa pening, tidak bermaya dan perlu pemeriksaan serta mendapatkan ubat dari pusat kesihatan. Selepas 3 hari menggunakan Air alkali , terdapat perubahannya dimana saya berasa lebih bertenaga. Selepas 2 minggu, saya berasa lebih cergas dan kesukaran bernafas telah berkurangan, tidak lagi mengalami sakit gaut dan lebih senang berpeluh sejak menggunakan Air alkali. Syukur Ahamdulilah, kini, saya tidak lagi mengalami kesakitan dan lebih berselera, bacaan kencing manis dan darah tinggi telah turun dan kekal di tahap yang memuaskan, saya juga telah mengurangkan pengambilan ubat setiap hari

Ismail B.Mat, Umur: 42 Tahun, Tempat: Johor Bharu, Johor Saya telah mengalami kemalangan jalan raya yang teruk pada tahun 1993, saya telah koma selama 15 hari dan hilang ingatan selama 2 tahun. Walaupun telah pulih dari kecederaan, tetapi kesihatan saya semakin merosot, perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan dan daya ingatan juga kurang baik. Selepas 1 minggu menggunakan Air alkali , saya mengalami sakit kepala yang tidak dapat digambarkan, tetapi saya masih nekad terus menggunakannya, pada minggu ke 3, saya tidak lagi mengalami kesakitan dan mula berasa cergas dan bertenaga, daya ingatan beransur pulih dan kesihatan juga bertambah baik. Kini saya tidak perlu lagi berulang-balik ke hospital untuk membuat permeriksaan.



introducerYushak131







Khamis, 2 Julai 2015

Program Transformasi FGV Akan Mencapai Kemuncak Menjelang 2020

Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) merupakan syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak Jun 2012 dan tertakluk kepada segala peraturan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia Securities.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI bermaksud 30 syarikat yang mempunyai nilai pasaran modal tertinggi yang dipilih oleh Bursa Malaysia Securities untuk dijadikan penanda aras FBM KLCI. FGV merupakan antara syarikat yang tersenarai dengan syarikat dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI sejak penyenarainya.

Indeks berkenaan akan disemak setiap enam bulan bagi membolehkan proses penukaran syarikat yang telah tersenarai dengan syarikat dalam senarai menunggu.

Proses penukaran syarikat dalam indeks berkenaan merupakan proses normal yang dilakukan oleh Bursa Malaysia Securities dan bukanlah amalan yang baharu.

SITUASI SEMASA SAHAM FGV

Ketika ini FGV masih dalam senarai FTSE Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI dan proses semakan semula oleh Bursa Malaysia Securities hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

Nilai pasaran FGV ketika disenaraikan pada 2012 mencecah RM20 bilion apabila harga meningkat RM5.60/sesaham. Apabila nilai pasaran yang tinggi, FGV diletakkan dalam senarai 30 syarikat bernilai pasaran tertinggi ketika itu.

Harga saham FGV yang telah jatuh kira-kira 50 peratus semenjak IPO telah menyebabkan nilai pasaran modal jatuh kepada kira-kira RM7 bilion ketika ini dan telah menyebabkan kedudukan syarikat bukan lagi di kalangan 30 syarikat dengan pasaran modal tertinggi.

PUNCA KEJATUHAN SAHAM

Sejak awal 2014 harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah mencatatkan gaya penurunan yang drastik dan ini telah menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas dari segi perolehan dan juga keuntungan.

Indeks perladangan di Bursa Malaysia Securities juga jatuh antara 6-7 peratus dalam tempoh enam bulan sebelum ini. Impak ini secara langsung memberi kesan negatif kepada gaya tarikan kepada para pelabur yang mula beralih ke kaunter-kaunter saham selain perladangan.

Hampir semua kaunter perladangan telah menyaksikan pengurangan nilai saham mereka berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012. FGV merupakan syarikat yang bergantung lebih 60 peratus perolehannya daripada sektor perladangan dan telah menerima kesan paling ketara disebabkan faktor di atas berbanding syarikat perladangan lain yang kadar kebergantungan mereka lebih rendah.

Kejatuhan harga MSM dan saham adalah di luar kawalan pengurusan FGV dan ia ditentukan oleh kuasa pasaran.

DAKWAAN TERKELUAR DARIPADA BURSA MALAYSIA
Jika FGV tidak lagi tersenarai dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI ini bukan bermakna FGV akan dinyahsenarai dari Bursa Malaysia.

FGV masih tetap berada dalam Pasaran Utama Bursa Malaysia dan sahamnya akan diniagakan setiap hari sama seperti ketika masih berada dalam senarai indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Perniagaan FGV juga akan beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan situasi berkenaan.

SAHAM FGV MASA HADAPAN

FGV akan terus mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan di peringkat domestik dan juga antarabangsa bagi mengembalikan keyakinan pelabur kepada saham syarikat.

FGV melihat kejatuhan harga sawit hanya bersifat sementara dan yakin kaunter-kaunter saham berasaskan komoditi sawit akan kembali menarik perhatian apabila harga komoditi berkenaan kembali naik.

FGV telah melaksanakan transformasi perniagaan untuk mencapai kemampanan operasi jangka panjang dengan mempelbagaikan operasi perniagaan yang menyumbang kepada keuntungan kumpulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada sektor ladang.

FGV juga sedang melaksanakan proses penanaman semula secara agresif bagi mencapai sasaran portfolio umur pokok kepada 60 peratus matang, 20 peratus muda dan 20 peratus tua menjelang tahun 2020, sekali gus menjadikan ladang FGV antara yang terbaik di pasaran.

Selain itu, FGV juga telah memperkenalkan model perniagaan baharu yang mampu menjana perolehan lebih tinggi, mengamalkan program pengurangan kos di peringkat operasi dan juga menstrukturkan semula anak-anak syarikat menerusi penggabungan dan penjualan syarikat yang bukan teras serta tidak memberi pulangan.

FGV yakin menjelang 2020, progam transformasi syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan mencapai kemuncaknya dan saham syarikat akan kembali menjadi tarikan sekaligus mengukuhkan kedudukannya dalam senarai syarikat yang mempunyai modal pasaran tertinggi di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Selasa, 30 Jun 2015

Selagi ada bulan dan bintang, peneroka Felda terhimpit beban hutang yang melampau


Selagi ada bulan dan bintang, realitinya peneroka Felda terhimpit dan tertekan dengan beban hutang yang melampau daripada FELDA. Hutang ini melibatkan kos tanam semula ladang mereka yang bernilai sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu. Sedangkan ketika peneroka masuk FELDA, hutang mereka hanya sekitar RM30 ribu. 

Tun Razak berhasrat mengubah status ekonomi rakyat khususnya orang Melayu yang miskin. Apabila mereka selesai bayar hutang dengan FELDA, maka ladang 10 ekar dan tapak rumah suku ekar itu akan menjadi hak mereka. 


Dengan ladang 10 ekar itu sudah cukup untuk mereka menyara hidup mereka, bahkan mempunyai pendapatan yang lebih daripada keperluan. Bukan lagi berpendapatan rendah. 


Justeru bayangannya ialah di Malaysia, di kawasan pedalaman ada 112 ribu rakyat Malaysia yang bergelar peneroka, taraf hidupnya berpendapatan sederhana tinggi disebabkan kejayaan mereka memiliki ladang sawit atau getah 10 ekar. 


Ini satu kejayaan besar Malaysia. Bahkan ia dinikmati 1.5 juta warga FELDA seluruhnya melibatkan isteri, anak anak peneroka, kakitangan dan anak kakitangan FELDA.

Tetapi malangnya hari ini mereka dibebankan dengan hutang baru. Apabila pokok sawit atau getah berusia 25 tahun dan ke atas. Ia perlu ditebang dan tanam semula. Peneroka diberi pilihan untuk menguruskan sendiri proses tanam semula tersebut atau diserahkan kepada FELDA untuk menguruskannya. 

Majoriti peneroka menyerahkan urusan tanam semula kepada FELDA dan diuruskan oleh sebuah anak syarikat FELDA bernama FELDA Tecno Plant. Kos tanam semula ini ditanggung FELDA daripada penebangan pokok sawit tua, tanam semula sawit baru, pembajaan,racun dan kesemua sekali. 


Selama tempoh itu peneroka tidak ada hasil. Maka mereka dibayar wang sara hidup diantara RM1000 hingga RM1500 setiap bulan. Wang sara hidup ini dikira hutang dengan FELDA. Jika purata mereka terima RM1200 sebulan, maka setahun mereka berhutang RM14400. Jika 10 tahun, jumlahnya sudah RM144 Ribu. Itu belum masuk kos tanam semula. 

Adalah tidak pelik peneroka berhutang kembali sekitar RM100 ribu hingga RM150 ribu dan ada yang lebih daripada itu. Terdapat beberapa persoalan yang menghantui peneroka Felda, antaranya:


1. FELDA sudah sediakan Tabung Tanam Semula yang dipotong daripada pendapatan peneroka sejak tahun 70-an, 80-an lagi. Jumlah tabung ini keseluruhannya dikatakan sebanyak sekitar RM700 juta. Itu jumlah simpanan sahaja, belum dicampur dengan keuntungan pelaburan wang tersebut yang boleh jadi sekali ganda daripada jumlah simpanan. Ke mana pergi duit ini? Walaupun difahamkan jumlah itu tidak mencukupi untuk kos tanam semula, setidaknya ia mampu menampung 50 peratus kos tanam semula tersebut.



2. Ladang sawit milik peneroka tersebut akan mengeluarkan buahnya atau disebut hasilnya selepas usia pokok sawit 3 tahun dan ke atas. Bermakna FELDA sudah mendapat pendapatan daripada ladang peneroka yang diuruskan. Ke mana pergi duit ini? Tidakkah ia mencukupi untuk membiayai kos sara hidup peneroka. Ketika harga sawit naik sekitar RM400 hingga RM700 satu tan sekitar tahun 2008-2011, peneroka yang menanam semula sendiri mendapat hasil sekitar RM6 ribu hingga RM10 ribu sebulan. Jumlah yang sangat besar melebihi kos sara hidup sekitar RM1500 sebulan. Kenapa hasil ini tidak boleh menampung kos sara hidup mereka? Ini sesuatu yang pelik.

3. FELDA menguruskan proses tanam semula ini sehingga bila? Sepatutnya selepas 3 hingga 5 tahun, pokok sawit sudah mengeluarkan hasil, ladang mesti diserahkan semula kepada peneroka untuk menguruskannya. Tetapi hari ini walaupun sudah lebih 10 tahun, ladang mereka masih dipegang FELDA. Bila hendak diserahkan? Selagi tidak diserahkan tiada ketelusan terhadap pendapatan sebenar peneroka hasil sawit mereka. Lebih malang mereka pula yang menanggung hutang. Ini betul betul penyelewengan di siang hari.

Penubuhan Felda 54 tahun dahulu yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Melayu miskin dan berpendapatan rendah melalui pemberian lot tanah rumah dan ladang dan kini dilihat Felda menjadi alat korporat yang telah memiskinkan rakyat.

Felda kini telah menjadi konglomerat bertaraf dunia yang telah tersasar daripada tujuan asal penubuhannya.

Semak Semula Hutang Peneroka Felda


Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan( ANAK) amat bersimpati dengan apa yang diluahkan oleh seorang pengguna laman sosial facebook yang bernama Zurina Amnan mengenai Penyata Hutang yang disediakan Techno Plant berjumlah RM146,502.32 dan tidak termasuk pinjaman baiki rumah sebanyak RM40 ribu.

Hakikatnya, inilah antara isu besar yang saya dan peneroka bangkitkan sekian lama. Saya masih menyimpan begitu banyak resit penyata Tanam Semula Peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka.

 Setakat ini mengikut rekod saya, ada peneroka menanggung hutang tanam berjumlah RM157 ribu. Waktu itu Datuk Ahmad Maslan menjadi Timbalan Menteri di JPM yang menyelenggara felda, dimana saya telah bangkitkan betapa tidak 'masuk akal' hutang yang begitu tinggi.

Banyak aduan mengenai hutang peneroka telah saya kemukakan kepada Felda. Dalam kes Gugusan Trolak di Perak umpamanya, ia sampai ke peringkat Laporan Polis apabila peneroka hilang sabar mengenai jumlah hutang yang 'mengarut'. Akhirnya, ia dapat diselesaikan dan penyata baru dikeluarkan.

Bahkan, isu hutang peneroka saya muatkan secara berfakta dalam buku saya, Felda...Dulu Tolong Sekarang Along, namun saya di saman kononnya membuat fitnah terhadap Felda.

Ada beberapa point penting jika kita meneliti Kos Tanam Semula peneroka. Sebahagian besarnya terkandung dalam Perjanjian Tanam
Semula dan Pengurusan Kebun antara Felda dengan Peneroka. Antaranya pinjaman sara hidup atau pendahuluan pendapatan, penyelenggaraan kebun, kos baja yang mahal dan pulangan pendapatan yang sepatutnya di nikmati peneroka.

ANAK telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani hutang peneroka yang di pengerusikan oleh Sdr Abd Rahman Ramli, Pengerusi Badan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan(BANGKIT). Aduan, memorandum hingga kepada SUHAKAM dan YAB Perdana Menteri telah dilakukan. 

Kepedihan dan sakit hati peneroka lebih terasa apabila hutang bertimbun, manakala kebun tidak diselenggara dengan sempurna.

Ada kes yang saya lawati sendiri, kebun belum di tanam sawit tapi hutangnya sudah puluhan ribu!

Saya merayu kepada Pengarah Besar yang baru, Dato' Hanapi Suhada, agar isu hutang peneroka dijadikan fokus utama. Terdapat 95 ribu peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula samada melalui Felda dan Techno Plant. Tubuhkan suatu jawatankuasa khas yang membabitkan berbagai pihak agar mekanisma tertentu dapat di lakukan bagi mengurangkan hutang peneroka. Buat semakan semula secara detail dan mansuhkan kos2 yang tidak wajar.

Berkali kali saya telah buat kenyataan agar Kerajaan campur tangan dan mengumumkan pemotongan dengan kadar tertentu atas hutang peneroka. Atas faktor usia peneroka yang telah lanjut, kemudiannya di bebankan dengan hutang yang tinggi, ia bebanan yang menjadi derita peneroka hingga ke akhir hayat.
Untuk mansuhkan hutang tersebut, implikasi kewangan amat tinggi dan Felda tidak mampu menyerapnya.

Namun, jika YAB Perdana Menteri prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'bahawa hutang peneroka dikaji semula. Sebagai permulaan sebagai insentif hariraya, pemotongan hutang sebanyak 25% di lakukan berkuatkuasa 1 Ogos ini'

Ianya akan menjadi hadiah istimewa peneroka menjelang Hari Raya!

MENERAJUI PERUBAHAN

Mazlan bin Aliman
Presiden ANAK

Isnin, 29 Jun 2015

Sejarah Penubuhan FELDA


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa InggerisFederal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. 

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yangmana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. 

Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, 
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . 
Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab iaitu FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. 
Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.

Hasil carian imej untuk sejarah felda
Pada awalnya, FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, kemudian mengembangkan sayapnya dalam  pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
Pada mulanya, Felda ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, kemudian ia berpindah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Koperasi dan Usahawanan dan kini diletakkan kembali di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.
Di bawah ini merupakan senarai menteri-menteri  yang pernah diamanahkan menjaga FELDA. Antaranya:
  1. YB Encik Bahaman Bin Samsudin                           -   (31.08.1957 - 16.11.1959)
  2. YAB Tun Abdul Razak Bin Datuk Haji Hussein        -   (17.11.1959 - 22.09.1970)
  3. YAB Tun Abdul Ghafar Bin Baba                             -   (23.09.1970 - 01.12.1972)
  4. YB Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Muda                   -   (01.01.1973 - 11.12.1977)
  5. YB Tan Sri Haji Abdul Kadir Bin Yusuf                      -   (01.01.1978 - 15.09.1980)
  6. YB Dato' Shariff Bin Ahmad                                      -  (16.09.1980 - 28.04.1982)
  7. YB Dato' Seri Rais Bin Yatim                                    -  (29.04.1982 - 16.07.1984)
  8. YB Datuk Seri Adib Bin Adam                                   -  (17.07.1984 - 11.08.1986)
  9. YB Datuk Dr Sulaiman Bin Haji Daud                        -  (12.08.1986 - 14.06.1989)
  10. YB Datuk Kasitah Gaddam                                        -  (14.06.1989 - 26.10.1990)
  11. YAB Tun Abdul Ghafar Bin Baba                               -  (27.10.1990 - 15.10.1993)
  12. YB Tan Sri Anuar B Haji Musa                                   -  (11.12.1993 - 27.12.1993)
  13. YB Tan Sri Datuk Sakaran Bin Dandai                       -  (28.12.1993 - 16.03.1994)
  14. YB Datuk Osu Haji Sukam                                         -  (27.05.1994 - 08.06.1998)
  15. YB Senator Tan Sridatuk Kasitah Gaddam                -  (26.06.1998 - 05.01.2004)
  16. YAB Dato' Sri Mohamed Najib Bin Tun Abdul Razak   -  (06.01.2004 )

FELDA mempunyai tiga peringkat pengurusan iaitu :
  • Ibu Pejabat
  • Pejabat Kawasan
  • Rancangan
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.[3] Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.
Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. 
Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.

Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.
Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. 
Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. 
Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. 

Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan

Pada 16 Jun 2010, status kewangan Felda adalah sebanyak RM4.08 bilion pada tahun 2004 jatuh kepada RM1.35 bilion pada 2009 kerana ia digunakan untuk tujuan kebajikan—RM2 bilion untuk penanaman semula tanaman, RM603 juta untuk pinjaman rumah tanpa faedah, RM253 juta bagi tabung pembasmian kemiskinan Sabah dan RM662 juta diperuntukkan untuk pembangunan ibupejabat baru Felda. Pada masa yang sama, aset Felda bertambah dengan pulangan daripada RM9.17 bilion pada 2004 kepada RM15.37 bilion kepada 2009, ditambah sebanyak RM6.2 bilion.