ADS

Ahad, 23 Februari 2014

Program Simulasi Pendidikan Kejuruteraan Aeronautik (Kapal Terbang) & Kejuteraan Minyak dan Gas

Foto
23 Feb : "Perjalanan ke seribu batu bermula dengan langkah pertama". Program ini dibawah Biro Warga Industri, PPUBHS siri ke 2. 

Dengan demikian, menjemput pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Belia-Belia, Pemuda dan Puteri Umno dan kepada mereka yang berminat untuk mengikuti "Program Simulasi Pendidikan Kejuruteraan Aeronautik (Kapal Terbang) & Kejuruteraan Minyak dan Gas" anjuran bersama Kolej Kejuruteraan IEDC pada 1.3.2014 (Sabtu), Bertempat di Pejabat DUN Ulu Bernam bermula jam 8.00pagi - 4.00ptg. 

Simulasi program yang dianjurkan adalah PERCUMA khas untuk seluruh warga Hulu Selangor. 

Matlamat program adalah bertujuan untuk memberi pendedahan input dan output kenapa, mengapa, bagaimana cara-cara untuk menceburi, mempelajari dan bekerja didalam industri kemahiran tinggi ini. 

matlamat utama program adalah untuk  menzahirkan cita-cita ini kepada realiti khususnya golongan muda diluar bandar.

Panel jemputan akan disampaikan oleh Puan Solihah Pengarah Eksekutif Kolej Kejuruteraan IEDC. 

Foto
Sarapan pagi serta jamuan makanan tengahari juga disediakan untuk peserta. 

Peserta yang mengikuti program simulasi juga akan turut diberi Sijil Penyertaan disesi terakhir program. 

Hadir beramai-ramai. Majlis akan diresmikan oleh Adun Ulu Bernam YB. Datuk Rosni Sohar. 

Kehidupan yang cemerlang bermula dengan keputusan hari ini. I

Warga Hulu Selangor jangan lupa datang beramai-ramai ke Pejabat DUN Hulu Bernam pada hari Sabtu bersamaan 01hb. Mac 2014 untuk menjayakan program berkenaan.

Bersatu, Bersetia, Berkhidmat. Kearah warga muda berilmu.

Rabu, 19 Februari 2014

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

 

1.   PENGENALAN
1.1.      Untuk memberi garis panduan yang ringkas tentang tatacara tuntutan pembahagian pusaka kecil.
1.2.      Untuk menyedarkan orang ramai betapa pentingnya pembahagian tuntutan pusaka itu perlu dibuat secepat mungkin
2.   UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL
2.1.       Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil mempunyai 36 unit di seluruh negara. Setiap unit bertanggungjawab menerima permohonan,membicarakan serta mengeluarkan perintah pembahagian terhadap dua atau tiga daerah jagaan
2.2.       Bagi daerah di mana tiada unit pusaka kecil , urusan penerimaan permohonan ( Borang A dan Borang P ) boleh dibuat melalui Pejabat Tanah di daerah-daerah berkenaan
3.   APAKAH HARTA PUSAKA KECIL
3.1.    Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri – ciri berikut :-
a)       Simati tidak meninggalkan wasiat ( bagi simati bukan Islam )
b)       Harta itu terdiri daripada :
i)        Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau ;
ii)       Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya
c)       Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta ( mulai 1 September 2009) pada tarikh permohonan dibuat
4.   CARA  MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (SEKSYEN 8) – AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955
4.1.     Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam Borang A
4.2.       Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-
a)         Bukti Kematian
i)       Sijil kematian/permit menguburkan;  atau
ii)       Surat Akuan Sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan, contohnya bagi kematian semasa pendudukan Jepun dan sebelumnya; atau
iii)      Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh  Mahkamah Tinggi dalam keadaan  seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, tragedi 13 Mei  1969, tragedi Muassem, dan perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya  kejadian.
b)          Dokumen Harta Tak Alih – Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada)
c)         Salinan dokumen harta – harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.
5. SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON
5.1.       Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-
a)         Waris – waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;
b)         Pemiutang dan pengkaveat;
c)         Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
d)         Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
e)         Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
f)          Amanah Raya Berhad .
6.  DI MANAKAH PERMOHONAN DIKEMUKAKAN
6.1          Di Unit Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah di mana harta tak alih simati terletak.
6.2          Sekiranya simati mempunyai harta tak alih ( tanah ) di banyak tempat sama ada di dalam negeri yang sama atau negeri yang berlainan, permohonan pembahagian kesemua harta tak alih itu hendaklah dikemukakan di salah satu daerah sahaja iaitu di mana harta tak alih itu terletak.
7.  MENGHADIRI PEMBICARAAN
7.1.       Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain  dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan.
7.2.       Semua pihak yang diminta  hadir adalah dikehendaki hadir  di hari pembicaraan .
7.3.        Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi  secara bersumpah/berikrar.
7.4.         Mana-mana waris yang tidak dapat hadir bolehlah mengemukakan Surat Akuan Persetujuan yang ditandatangani di hadapan Pentadbir Tanah, Majistret , Pesuruhjaya Sumpah atau Notaris Awam Sila nyatakan cara pembahagian yang dikehendaki dengan jelas. Surat Akuan Persetujuan boleh didapati di semua Unit Pembahagian Pusaka, Pejabat Tanah atau di muatturun melalui laman web jabatan iaitu http://www.kptg.gov.my
8.  CARA HARTA PUSAKA KECIL DIBAHAGIKAN
8.1.       Pembahagian adalah mengikut Hukum Syarak bagi orang Islam.
8.2.       Bagi bukan Islam, Pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958 (Akta 300).
8.3.       Pembahagian secara muafakat boleh dilaksanakan jika semua waris yang berhak mewarisi harta pusaka simati bersetuju.
8.4.       Pembahagian bagi pegangan desa di bawah Akta Tanah (Kawasan – kawasan Penempatan Berkelompok )1960  tidak boleh dibuat lebih dari dua orang. Jika lebih dari dua orang yang berhak dan mereka tidak bersetuju secara muafakat memberi kepada dua orang sahaja daripada mereka, Pentadbir Tanah boleh menjual pegangan itu dan hasil jualannya dibahagikan di kalangan orang yang berhak.
8.5.       Jika simati meninggalkan tanah di Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau , Tampin dan Jempol dan ianya adalah ahli sesuatu suku di Negeri Sembilan, pembahagian pusakanya adalah mengikut Bahagian III Akta.
8.6.       Perintah jualan secara tender dalam keadaan tertentu mengikut peruntukan 15(4)(d) Akta.

9.  JANGKAMASA MEMPROSES SESUATU TUNTUTAN
9.1.       Jangkamasa minima memproses sesuatu tuntutan kes biasa adalah dalam tempoh 5 ½ bulan bagi Permohonan Baru – Borang A Seksyen 8
9.2        Bagi kes yang melibatkan kematian berlapis dan harta berada didalam daerah yang berlainan jagkamasa proses mungkin meelbihi dari tempoh di atas.
10.  RAYUAN TERHADAP PERINTAH
10.1        Mana – mana pihak yang tidak puashati dengan perintah pembahagian yang telah dibuat hendaklah membuat rayuan melalui Pentadbir Tanah ke Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah  itu dibuat. (Seksyen 29 Akta & Peraturan 10, Peraturan Harta Pusaka Kecil 1955)
11.  PENDAFTARAN PERINTAH PEMBAHAGIAN
11.1.     Setelah perintah pembahagian dikeluarkan, pihak waris hendaklah mengemukakan hakmilik tanah (Geran) ke Pejabat Tanah berkaitan untuk tujuan pendaftaran perintah pembahagian tersebut.
11.2.     Bagi maksud pembahagian harta alih, pihak waris hendaklah mengemukakan perintah pembahagian ke agensi /institusi yang bertanggungjawab   terhadap harta alih tersebut.

12.  PERMOHONAN BERIKUTNYA (SEKSYEN 17 AKTA)
12.1.     Ianya adalah satu permohonan yang dibuat selepas permohonan awal ( Borang A- Seksyen 8 Akta ) telah diselesaikan.
a)         Permohonan Berikutnya boleh dibuat dalam keadaan seperti:
i)           Ada harta yang tertinggal di dalam permohonan awal;
ii)          Apabila perlu melantik seorang pemegang amanah yang baru;
iii)         Apabila perlu melantik seorang  pentadbir yang baru;
v)         Untuk membatalkan suratkuasa tadbir dan pembahagian dibuat secara terus kepada waris simati;
iv)         Untuk menarik balik sesuatu Kaveat Pendaftar ;
12.2.     Setiap permohonan berikutnya hendaklah dengan menggunakan Borang P

13.  MENGAPA PERMOHONAN PUSAKA PERLU DIBUAT SEGERA
13.1.     Mengelakkan bilangan waris yang ramai akibat daripada kematian berlapis.
13.2.     Memudahkan proses pembahagian pusaka.
13.3.     Membolehkan harta pusaka dimanafaat dengan segera bagi faedah semua waris.
13.4.     Mengelakkan berlakunya tanah terbiar.
13.5.     Mengelakkan wang simpanan simati dalam mana-mana institusi kewangan, atau koperasi, saham-saham, bon daripada dipindahkan kepada Pentaftar Wang Tak Dituntut.
14. BAYARAN
14.1.     Bayaran Pendaftaran:
a)         Percuma bagi permohonan baru (Borang A – Seksyen 8-Akta )
b)         Percuma  bagi Permohonan Berikutnya ( Borang P – Seksyen 17 Akta ).
14.2.     Bayaran Selepas pembicaraan :
a)          Bayaran perintah berdasarkan nilaian terkini harta simati ( seperti senarai harta simati di Borang Permohonan- Borang A Seksyen 8 Akta). Jika nilaian keseluruhan harta simati:
●   RM1.00 hingga RM1,000.00 bayaran perintah adalah RM10.00, jika RM1,001 hingga RM50,000 bayaran perintah RM30.00 manakala jika nilaian adalah RM50,001 dan ke atas bayaran perintahadalah 0.2% dari nilaian harta si mati.
b)         RM30 bagi bayaran perintah permohonan berikutnya ( Seksyen 17 ) yang melibatkan permohonan seperti membatalkan Pemegang Amanah, Kaveat Pendaftar ataupun membatalkan Pentadbir. Jika melibatkan ketinggalan harta, bayaran perintah hendaklah mengikut nilaian harta terkini yang diselesaikan di bawah Seksyen 17 Akta ( Permohonan Berikutnya ) sahaja
c)          Jumlah bayaran bagi mendaftarkan perintah pembahagian dalam hakmilik tanah (geran) adalah mengikut peraturan -peraturan tanah negeri;
d)         Duti Harta Pusaka – (jika ada)  akan ditentukan di akhir pembicaraan mengikut nilai harta pada tarikh mati. Jumlah yang dikenakan tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Duti Harta Pusaka 1941.
e)          Salinan perintah pembahagian dibekalkan secara percuma bagi salinan pertama dan bayaran RM 5.00 dikenakan bagi salinan kedua dan seterusnya.
f)          Salinan perintah pembahagian yang diperlukan oleh mana-mana orang selain daripada pentadbir/ waris dikehendaki membayar RM 30.00 bagi salinan pertama dan RM 10.00 bagi salinan kedua dan seterusnya.
14.3.     Sekiranya ada rayuan ke Mahkamah Tinggi bayaran yang akan dikenakan adalah  seperti berikut:
a)         RM 50.00  bagi bayaran  fee rayuan;
b)         RM 1500.00 bagi bayaran deposit rayuan;
c)         Bayaran menyediakan salinan dokumen yang dikehendaki bagi salinan pertama adalah RM30. Bagi salinan kedua dan seterusnya adalah RM10;
14.4.     Bayaran untuk mendapatkan salinan pertama Nota Pembicaraan RM30.00- bagi setiap Folio 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya dan RM 10.00 bagi salinan kedua/seterusnya setiap 100 patah perkataan atau sebahagian daripadanya
15. CIRI – CIRI ISTIMEWA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
15.1.     Di antara ciri-ciri istimewa  dalam pembahagian pusaka kecil ialah:
a)         Borang permohonan ( Borang A ) boleh didapati di Unit Pembahagian Pusaka Kecil atau Pejabat Tanah daerah;
b)         Pembicaraan boleh diadakan di Balai Raya/ Balai Penghulu Dewan Orang Ramai yang berhampiran dengan tanah peninggalan simati;
c)         Perkhidmatan peguam tidak diperlukan;
d)         Penyerahan/ penerimaan hak/ bahagian sesama waris boleh dibuat semasa pembicaraan dan tidak dikenakan apa – apa bayaran;
e)         Pembicaraan boleh dibuat di mana-mana daerah yang terdapatnya harta simati;
f)          Pembahagian boleh dibuat secara terus kepada waris simati dan suratkuasa tadbir hanya diberi dalam keadaan tertentu.
Nota:  Panduan ini adalah penerangan ringkas untuk makluman apabila menguruskan pembahagian harta pusaka.

Felda United Libas Bujang Senang di Stadium Negeri

Foto
19 Feb : Pasukan Liga Perdana, Felda United mengecewakan Sarawak apabila mara ke separuh akhir Piala FA dengan peraturan gol di tempat lawan setelah seri 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Negeri malam tadi, tambah mengecewakan apabila tersingkir akibat jaringan enam minit sebelum permainan tamat.
Dalam pertemuan pertama sebelum ini kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ketika ditemui selepas perlawanan berkata, anak-anak buahnya telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan itu.
“Saya tidak menyalahkan pemain kerana mereka telah bermain bermati-matian.
“Felda United ternyata memiliki kelebihan dengan memiliki ramai pemain berpengalaman dan kekalahan ini tidak mematahkan semangat kami,” katanya.
Sementara itu, pengendali Felda United, Irfan Bakti pula berkata, para pemainnya telah berjaya menyerap tekanan apabila Sarawak yang mendapat sokongan kuat penyokong Bujang Senang menyerang bertali arus.
“Sarawak sememangnya beraksi baik dan para penyokongnya begitu setia memberikan semangat tetapi syukur para pemain saya sudah bersedia,” jelasnya.
Sarawak mendahului pada minit ke-18 hasil serangan balas oleh kapten pasukan, Joseph Kalang Tie yang menerima umpanan cantik Ronny Harun.
Namun Felda United tidak panik dan menyamakan kedudukan pada minit ke-37 hasil rembatan kencang Zar Rahan Krangar.
Sarawak kembali di depan pada minit ke-81 menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan Akmal Rizal Rakhli namun stadium yang dibanjiri kira-kira 22,000 penyokong tuan rumah sepi apabila Rahan Krangar menjaringkan gol penyamaan Felda United tiga minit selepas itu. – Utusan Malaysia.

Felda Residence Hot Springs Perak, Malaysia

Gambar: #Honeymoon package available at Felda Residence Hot Springs. PM us for more details.

Package Includes:
- Accommodation (1 Bedroom Villa)
- Park Entrance Fee
- Breakfast (for 2 persons)
- Set lunch (for 2 persons)
- Candle Light Dinner 
- Steamboat Dinner
- Chocolate Pralines
- Body spa scrub
- Traditional Massage
- Butler Services
- Gifts

 <3 <3 <3
19 Feb : Felda Residence Hot Springs terletak di Perak, Malaysia. Ia terletak di tengah patch hutan dan mempunyai pemandangan indah ladang kelapa sawit ladang-ladang dan kebun durian.

Negeri Perak terletak di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Dinamakan sempena warna perak daripada deposit timah kaya ia terkenal untuk, negeri ini telah meningkat dari permulaan perlombongan bijih timah untuk menjadi salah satu ini Malaysia paling dicari destinasi pelancongan.

Malaysia pula ditetapkan di tengah-tengah Asia Tenggara. Ia adalah tanah daya tarikan yang pelbagai dan berbeza berwarna-warni. Negara ini juga rumah kepada pelbagai budaya, keajaiban alam semula jadi, dan tarikan yang menarik.

Bukan sahaja Felda Residence Hot Springs memberi peluang untuk berehat dan menenangkan fikiran anda, ia juga membawa anda lebih dekat kepada pemandangan ini yang menakjubkan.

Felda Residence Hot Springs Resort, persekitaran mengagumkan menetapkan mood untuk spektrum rekreasi dan kesejahteraan kemudahan yang anda boleh melibatkan diri masuk
Felda Residence Hot Springs - Keajaiban Air


Keajaiban Air

  • Kolam renang Hot Springs
  • Kolam sejuk Classic
  • Kolam terapeutik.
Felda Residence Hot Springs - Banyak Leisure

Banyak Leisure

  • Hot Spring Spa - menawarkan rawatan Ayurveda & urut tradisional
  • Treasure Hunt & Pengurusan Permainan - untuk retret syarikat dan sesi pembinaan pasukan
  • Kursus Refleksologi Air & Natural Hot Springs Boardwalk
  • Keluarga Baths & Hot Springs Telur didih Aktiviti
Felda Residence Hot Springs - Off-tapak Adventures

Luar tapak Adventures

  • Mountain Springs kolam renang (Titiwangsa Range) & Titiwangsa Range Flora & Fauna Exploration
  • Sungai Sungkai Rafting Adventure & Jungle / Sungai Trekking
  • Perkhemahan / Keluarga Pakej Hari & Lawatan ke Kampung Orang Asli
Felda Residence Hot Springs - Perkhidmatan Asas

Perkhidmatan Asas

  • Restoran - berfungsi ciptaan tempatan mewah masakan dan hidangan Barat
  • Butler perkhidmatan - disediakan atas permintaan
  • Perkhidmatan bilik
  • Bilik persidangan
  • Perkhidmatan dobi
  • Letak kereta valet
  • Panggilan bangun
  • Kedai cenderamata
Kelilingi diri anda dengan keajaiban alam semula jadi di Felda Residence Hot Springs di Perak, Malaysia.

Terletak pada 6.5 hektar patch hutan hijau, dan bersempadan dengan jelas, sungai gunung sejuk dan sungai-sungai, syurga ini tenang menawarkan penangguhan menyegarkan dari kesibukan kehidupan bandar.
Nikmati keindahan indah resort Terapeutik Park . Selami perairan penyembuhan daripada Hot Springs kolam renang . Kemudian berundur ke villa peribadi untuk melengkapkan menyegarkan Felda Residence pengalaman. 
Felda Residence Hot Springs - Penginapan
Tenggelam dalam keselesaan yang menenangkan daripada vila peribadi. Mewah dipasang dengantab panas jakuzi , ruang tamu yang luas , dandapur yang serba lengkap , setiap vila menawarkan tempat percutian yang terpencil ultra-santai. 
Felda Residence Hot Springs - Kemudahan
Berenang suka bermain dan menyegarkan dikolam sejuk klasik . Tenangkan deria anda dengan rawatan Ayurveda tradisional di spa .Berehat, aliran masuk, dan meremajakan - keajaiban kesihatan adalah milik anda untuk mengambil keseronokan masuk 

Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah
Sungkai 36000
Perak, Malaysia





Isnin, 17 Februari 2014

Pembiayaan Patuh Syariah KPF

perkhidmatan-small_image.jpg

Khairat Kematian KPF

SCX-4x28_20110922_11554807.jpg

Tinggalkan wasiat kepada waris anda

wasiat.JPG

Felda Global Ventures Holdings Berhad Company Overview

Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), based in Malaysia, is a globally-integrated, diversified agri-commodities company with operations in ten countries across four continents. We are principally involved in plantations, downstream and sugar businesses.

Incorporated in Malaysia as a private limited company in 2007, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) initially operated as the commercial arm of Federal Land Development Authority (FELDA). On 28 June 2012, the company was listed on the main market of Bursa Malaysia Securities Berhad as Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Today, Felda Global Ventures Holdings Berhad ranks among the top 25 companies on Bursa Malaysia with a market capitalization of RM16.6 billion. Felda Global Ventures Holdings Berhad employs close to 19,000 people in some 44 subsidiaries in over ten countries.

PLANTATION

Part of Felda Group, the world’s largest palm oil producer and oil palm plantation operator, based on planted hectarage.

Felda Global Ventures Holdings Berhad currently manages approximately 424,995 hectares of plantation estates in Malaysia as well as in Indonesia, primarily devoted to the cultivation of oil palms in East and Central Kalimantan.

DOWNSTREAM

Global presence in Downstream businesses

Felda Global Ventures Holdings Berhad produces soybean and canola products as well as oleochemicals at its oils and fats facilities in the US, a multi seed crushing plant in Canada, as well as palm oil refineries and downstream processing facilities in Malaysia, Indonesia, China, Turkey and South Africa.

SUGAR

Largest sugar refiner in Malaysia

Our subsidiary, MSM Holdings Malaysia Berhad, produces 57 percent of Malaysia’s domestic refined sugar supply.

FELDA HOLDINGS BHD

Ownership of 49 percent of the world’s largest palm oil producer

With a 49 percent stake in Felda Holdings Bhd, Felda Global Ventures Holdings Berhad has interests in oil palm milling, diverse upstream and downstream plantation activities, manufacturing, as well as services such as travel, tourism, transportation & logistics, engineering, IT and s

Bakti Siswa Bawa Bakal Pendidik Dari UPSI Ke Ladang FELDA Sungai Tengi

IMG-20140214-WA0031
17 Feb : PROGAM Bakti Siswa membawa para mahasiswa dan mahasiswi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam ke kawasan tanah rancangan FELDA seluruh negara.
Program Bakti Siswa Sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di FELDA Sungai Tengi bermula pada 13hb Februari sehingga 16hb Februari 2014 dan melibatkan 220 orang orang mahasiswa/i.
Majlis perasmian telah diadakan pada 13hb Februari dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Datuk Rosni Sohar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 3 hari berjalannya Program Bakti Siswa oleh para mahasiswa/i bersama keluarga angkat FELDA masing-masing adalah; merasai pengalaman sebagai peneroka, sukaneka, tazkirah, BBQ, malam seni budaya, diskusi masyarakat dan motivasi pelajar UPSR dan lain-lain.
Selepas perasmian program, mereka telah dibawa ke ladang kelapa sawit FELDA Sungai Tengi untuk merasai kehidupan sebagai peneroka FELDA.
Mereka telah diberikan pendedahan pelbagai maklumat tentang ladang kelapa sawit di FELDA serta operasi perladangan.
Para siswa dan siswi UPSI turut merasai pengalaman berada di ladang untuk mengenal buah kelapa sawit dan berkongsi teknik memunggah buah kelapa sawit ke dalam lori.
Jelas, pengalaman kali pertama berada di ladang kelapa sawit memberikan banyak maklumat dan pendedahan baru kepada bakal-bakal pendidik ini.

Isa Samad Meriahkan Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Felda Soeharto

20140213_212044
17 Feb : Kehadiran Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ke majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Soeharto telah memeriahkan lagi suasana makan malam yang berlangsung malam tadi.
Disambut dengan puluhan penduduk Felda Soeharto, Isa Samad melahirkan rasa syukur kerana dapat menjejakkan kaki ke Felda Soeharto dan bertemu sendiri dengan penduduk felda itu.
Malah, bagi Isa Samad, majlis bertemu dengan pemimpin teratas Felda merupakan platform buat penduduk dan peneroka Felda untuk mengetahui perkembangan isu semasa yang berlaku ketika ini.
“Pertamanya, saya lafazkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat sampai ke Felda Soeharto dalam majlis bertemu dengan pengerusi Felda.
“Kita buat ini (majlis ramah mesra) untuk dedahkan penduduk Felda dengan isu-isu semasa, itu yang penting. Kerana selaku peneroka Felda dapatlah mengetahui perkembangan negara iaitu isu apa yang diperkatakan dan perkara-perkara yang dibincangkan di mana sahaja,” kata Isa Samad dalam ucap rasminya di Dewan Komuniti Felda Soeharto, di sini.
Majlis ramah mesra bersama pengerusi Felda di Felda Soeharto merupakan majlis pertama diadakan selaku tuan rumah acara itu.
Ia merupakan satu objektif keprihatian pemimpin Felda terhadap masyarakat Felda di sekitar Wilayah Trolak.
Justeru, Isa Samad berharap majlis ramah mesra seperti itu dapat diadakan lagi di masa akan datang.
“Saya gembira menghadiri majlis seperti ini. Jadi, berharap dapatlah ia diadakan lagi untuk masa akan datang,” katanya.
Turut hadir ke majlis adalah ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar, ADUN Batang Kali, Mat Nadzri Ahmad Dahlan, Ahli Lembaga Pengarah Felda, Dato’ Khusairi Abd Talib, Pengarah Seranta Felda (JPM), Hj. Mohamad Khairuddin Mohamad, Pengurus Besar Felda Wilayah Trolak, Mohd. Mokhtar Lateh dan Pengurus Felda Soeharto, Azahari Mohamed Said.

Ahad, 16 Februari 2014

Felda Lahirkan Peninju Wanita 3 Tahun Lagi

Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
17 Feb : Felda optimis melahirkan beberapa peninju wanita dari kalangan anak peneroka untuk mewakili negara di gelanggang antarabangsa dalam masa tiga tahun lagi.
Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata impian itu tidak mustahil boleh dicapai berdasarkan minat yang ditunjukkan oleh beliawanis Felda dalam setiap pertandingan tinju yang dianjurkan.
“Seperti persatuan peninju lain, Felda juga berusaha mencari peninju wanita dalam kalangan belia Felda untuk wakil negara ke Sukan SEA, Sukan Komanwel atau mungkin Sukan Olimpik satu hari nanti… sudah banyak tahun kita tiada wakil peninju wanita di sukan antarabangsa,” katanya.
Diharapkan pada Sukan SEA 2017 apabila Malaysia menjadi tuan rumah, peninju-peninju wanita terutama anak Felda akan dapat beraksi di gelanggang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pertandingan akhir Kejohanan Tinju Piala Pengerusi Felda 2014 di Felda Chini dekat sini, malam tadi.
Walaupun belum ada peninju wanita yang berada pada tahap boleh mewakili negara ditemui dalam beberapa kejohanan ynag dianjurkan Felda, beliau berkata terdapat beberapa bakat yang menonjol dan boleh diketengahkan.
Mohd Isa berkata dengan adanya gelanggang tinju di beberapa wilayah Felda di seluruh negara, bakat-bakat baharu dalam sukan itu boleh memperbanyakkan latihan dan memperkemaskan diri menggunakan kemudahan yang ada.
“Felda mempunyai banyak bakat yang boleh diketengahkan. Mereka perlu perbanyakkan lagi latihan, kebiasaannya setiap peninju lelaki dan wanita
sekurang-kurangnya memerlukan masa lima tahun latihan, sebelum boleh wakili negara,” katanya. – BERNAMA