ADS

Isnin, 17 Februari 2014

Bakti Siswa Bawa Bakal Pendidik Dari UPSI Ke Ladang FELDA Sungai Tengi

IMG-20140214-WA0031
17 Feb : PROGAM Bakti Siswa membawa para mahasiswa dan mahasiswi dari Institusi Pengajian Tinggi Awam ke kawasan tanah rancangan FELDA seluruh negara.
Program Bakti Siswa Sukarelawan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di FELDA Sungai Tengi bermula pada 13hb Februari sehingga 16hb Februari 2014 dan melibatkan 220 orang orang mahasiswa/i.
Majlis perasmian telah diadakan pada 13hb Februari dan perasmiannya telah disempurnakan oleh Datuk Rosni Sohar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam.
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 3 hari berjalannya Program Bakti Siswa oleh para mahasiswa/i bersama keluarga angkat FELDA masing-masing adalah; merasai pengalaman sebagai peneroka, sukaneka, tazkirah, BBQ, malam seni budaya, diskusi masyarakat dan motivasi pelajar UPSR dan lain-lain.
Selepas perasmian program, mereka telah dibawa ke ladang kelapa sawit FELDA Sungai Tengi untuk merasai kehidupan sebagai peneroka FELDA.
Mereka telah diberikan pendedahan pelbagai maklumat tentang ladang kelapa sawit di FELDA serta operasi perladangan.
Para siswa dan siswi UPSI turut merasai pengalaman berada di ladang untuk mengenal buah kelapa sawit dan berkongsi teknik memunggah buah kelapa sawit ke dalam lori.
Jelas, pengalaman kali pertama berada di ladang kelapa sawit memberikan banyak maklumat dan pendedahan baru kepada bakal-bakal pendidik ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan