19 Feb : Pasukan Liga Perdana, Felda United mengecewakan Sarawak apabila mara ke separuh akhir Piala FA dengan peraturan gol di tempat lawan setelah seri 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Negeri malam tadi, tambah mengecewakan apabila tersingkir akibat jaringan enam minit sebelum permainan tamat.
Dalam pertemuan pertama sebelum ini kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts ketika ditemui selepas perlawanan berkata, anak-anak buahnya telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan itu.
“Saya tidak menyalahkan pemain kerana mereka telah bermain bermati-matian.
“Felda United ternyata memiliki kelebihan dengan memiliki ramai pemain berpengalaman dan kekalahan ini tidak mematahkan semangat kami,” katanya.
Sementara itu, pengendali Felda United, Irfan Bakti pula berkata, para pemainnya telah berjaya menyerap tekanan apabila Sarawak yang mendapat sokongan kuat penyokong Bujang Senang menyerang bertali arus.
“Sarawak sememangnya beraksi baik dan para penyokongnya begitu setia memberikan semangat tetapi syukur para pemain saya sudah bersedia,” jelasnya.
Sarawak mendahului pada minit ke-18 hasil serangan balas oleh kapten pasukan, Joseph Kalang Tie yang menerima umpanan cantik Ronny Harun.
Namun Felda United tidak panik dan menyamakan kedudukan pada minit ke-37 hasil rembatan kencang Zar Rahan Krangar.
Sarawak kembali di depan pada minit ke-81 menerusi jaringan bekas pemain kebangsaan Akmal Rizal Rakhli namun stadium yang dibanjiri kira-kira 22,000 penyokong tuan rumah sepi apabila Rahan Krangar menjaringkan gol penyamaan Felda United tiga minit selepas itu. – Utusan Malaysia.
|
Rabu, 19 Februari 2014
Felda United Libas Bujang Senang di Stadium Negeri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan