ADS

Isnin, 10 Februari 2014

Projek Taman Perumahan Generasi Kedua Felda

image
Felda Sungai Tengi Selatan menjadi meriah dan bersejarah kerana telah menyempurna Upacara Pecah Tanah Projek Taman Perumahan Generasi Kedua/Ketiga Felda di Felda Sungai Tengi Selatan pada 28hb. Oktober, 2012 pada jam 5.00 petang.
Upacara pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Walaupun pada ketika itu hujan lebat, namun ramai orang lebih kurang 1,000 orang yang hadir  tidak berganjak dari majlis yang bersejarah itu.
Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Cabang Hulu Selangor, Ybhg. Sdr. Mohamad Nazar Bin Mohamad Yakin, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Tuan T, Kumar, Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain lagi.
Warga Felda Sungai Tengi Selatan mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor yang yang prihatin dan peka kepada permasaalahan penempatan generasi kedua dan ketiga di kawasan-kawasan Felda di Selangor khususnya di Felda Sungai Tengi Selatan.
Setakat ini lebih kurang 600 Generasi Kedua dan Ketiga Felda telah mengemukakan permohonan kepada Sekretariat Task force Felda Negeri Selangor. Ini menggambarkan bahawa golongan Generasi 2 dan 3 memang memerlukan tapak rumah di kawasan Felda di Selangor.
Sekretariat Task Felda Negeri Selangor telah merancang untuk menempatkan 3 blok di Felda Sungai Tengi Selatan, yangmana akan mendirikan 60 unit rumah di Fasa Pertama dengan keluasan tanah 60′ x 40′. Sesuai dengan dasar dan hasrat Kerajaan Negeri Selangor  akan membina rumah bagi Generasi Ke 2 / 3 Felda supaya lebih selesa bagi keluarga mereka.
385519_186592334758304_100002226168305_407393_596567542_n
Dengan adanya penempatan Taman Perumahan Generasi Kedua / Ketiga ini dapat memakmurkan lagi perkampungan Felda Sungai Tengi Selatan yang penduduknya hanya seramai 139 keluarga dan akan dapat meproduktifkan lagi aspek pembangunan di Felda Sungai Tengi Selatan dalam aktiviti-aktiviti berikut:
  • Meningkatkan sosio ekonomi penduduk.
  • Meningkatkan lagi jumlah murid SK Seri Fajar Felda Sungai Tengi Selatan dan Sekolah Rendah Agama yang ketika ini kritikal menangani bilangan murid.
  • Dapat membantu keluarga dalam aktiviti ladang sawit dan pertanian.
Warga Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan berharap sangat kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya projek ini menjadi kenyataan kerana selama ini Generasi Kedua dan Ketiga begitu lama menunggu penempatan perumahan ini dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan